time and date

Thursday, January 10, 2019

Grand Old Lady





Ni nama dia Grand Old Lady. Tempat ni ada kat Canada Hill, Miri, Sarawak. Aku selalu gi tempat ni bila aku balik kampung sebab kampung aku kat Sarawak. Tempat ni ada pemandangan yang cantik dengan muzium. Jadi kalau rasa rasa nak buat trip tu boleh la gi sini untuk rasa pengalaman merantau negeri orang. Tempat ni terkenal sebab Grand Old Lady ni merupakan tempat pertama minyak digali. Kiranya minyak petroleum yang pakai kau isi dalam kereta tu, ni la tenpat pertama dia digali. Syarikat yang gali minyak kat sini adalah Shell. Shell yang cengkerang kuning gitu. Hahahaha. Sebelum adanya monumen ni, tempat ni cuma ada kampung nelayan je. Jadi kiranya monumen ni ada sejarah sebelum Sarawak ni maju la. Muzium dekat sini pulak nama dia Muzium Petroleum. Kalau datang sini dapat la korang ilmu sikit tentang tempat ni dan sejarah Sarawak. 



Dekat dengan tempat ni, ada satu tempat yang korang boleh shopping untuk souvenir. Nama dia Miri Handicraft Centre. Kat sini ada jual macam macam produk tempatan Sarawak. Barang tradisional dengan moden, jadi kalau ada orang kirim ke apa boleh cari kat sini semua ada. 
Sarawak ni best sebab kita boleh jumpa benda benda yang kita tak pernah nampak and tak pernah tahu pun ada. Sarawak pun terkenal sebab belacan. Aku tau la sebab aku pun kiranya orang Sarawak la, walaupun lahir Melaka. Hahahahahaha. Apa apa pun kalau rasa nak datang, bawak duit yg lebih sikit sebab memang senang rambang mata kalau kat sini. 



No comments:

Post a Comment

NETFLIX’S HISTORY

Netflix, Inc.  is an American  media-services provider  headquartered in  Los Gatos, California , founded in 1997 by  Reed Hastings and  Ma...