Ayu the Sunflower.
Ni Masyuni. Tapi aku panggil dia Ayu. Ayu ni perempuan yang badan kecik, rendah dan comel la. Dia ni agak style la walaupun dia suka pakai seluar singkat yang macam tablik selalu pakai tu. Dia suka jenis lagu yang aku suka iaitu pop soul yang menarik jiwa kadang kadang sendu tapi masih boleh enjoy. Walaupun perangai dia ni macam kasar, tapi dia ni sebenarnya lemah lagi lagi kalau pasal hati. Jangan memain. Kecik kecik cili padi. Kalau dia bagi ayat sikit, merasa la hahahahaha. Dia cute bila dia senyum sebab dia senyum sekali dengan mata dia. Dia cakap dia anak cina. Tapi aku pun lebih kurang je. Aku dah kenal dia ni dari semester satu lagi. Rapat tu memang rapat dan aku selesa bila borak dengan dia. Dia jenis orang yang open minded dan suka cakap apa yang dia fikir jadi aku pun senang nak bercakap dengan dia pasal apa pun. Lagi satu, dia ni baik. Dia selalu tolong tanpa harapkan balasan. Dari luar mungkin nampak dia ni macam susah je nak kenal, tapi bila kenal dia ni sangat la perangai gadis gadis. Hahahahaha. Bukannya aku tipu tapi ni benda betul. Ayu ni pandai main futsal. Shooting padu walaupun badan kecik. Dia ni pun belajar memang pandai la. Aku pun rasa macam tergugat bila ada orang yang boleh cabar aku dari segi akademik ni. Kalau assignment ke apa dia siap terus je hantar. Macam mana tak dekan je. Akhir kata, aku sekarang masih lagi tetap dengan Ayu walau sibuk macam mana pun, masa ada tu tetap boleh spend. Dengan harapan, boleh tetap contact walau apa pun jadi.
No comments:
Post a Comment